Wednesday, 19 December 2012

Temanku sangat Tabah

Hari Jumaat 13.12.12 bersamaan (1.2.34) bulan Islam. kami dikejutkan dengan pemergian ayah teman serumah kami...beliau sangat tenang dalam menghadapi pemergian insan yang menjadi tempat beliau dan keluarga bergantung...kami sebagai teman sendiri tidak sekuat beliau...rentetan itu beberapa hari selepas itu ada teman diFB post ttg pengorbanan seorang bapa... Ya Allah sangat sayu hati ini apabila mengenangkan saat kehilangan insan yang amat disayangi...walaupun semua manusia akan menghadapi saat-saat begini tetapi diriku tidak mampu...Jadi aku selalu percaya akan kata-kata 


"Allah tidak uji seseorang itu, sekiranya dia tidak mampu"

Jadi Allah memilih sahabatku untuk berada dalam situasi sebegini kerana Allah percaya sahabatku sangat kuat. Semoga Allah tempatkan ayahnya dalam kalangan hambaNya yang bertaqwa...dan semoga diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan tanpa insan yang bergelar bapa. 

~Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali~

kematian setiap hari mendekati kita, aku selalu terfikir sekiranya Allah ambil aku disaat diri ini masih jahil... Astaghfirullahal'azim... Ya Allah, hanya kepadaMu tempat aku memohon keampunan serta jauhkanlah insan-insan yang kusayangi daripada sifat-sifat mazmumah serta siksa api nerakaMu....aminnn

cukup la sampai sini dulu...wassalam...ini link untuk cerita yang aku baca diFB malam tadi. solat asar dulu...

No comments:

Post a Comment