Thursday, 3 January 2013

Brownies vs Trifle...SATURDAY, 30 JUNE 2012


Assalamu’alaikum…
Seronok plk cuti-cuti nei memasak je….tapi lagi best sebab ada org tukang makan hahahha. Malam nei excited nak beli bahan untuk buat pudding trifle untuk adik…ceritanya bermula di sini,

Situasi 1:- Beli barang di Grand Union
Ambil susu, tepung kastard, koktail dan jeli. Selepas itu, g dekat tempat frozen Nampak cheddar cheese, dalam hati  (nei ke cream cheese). Lagi pun  dah banyak kali tengok cheese tu…(harap-harap betol la cream cheese), sbb nak buat cheese cake sangat-sangat. Then Nampak tepung segera brownies cake (terus teringat nak buat brownies cheese cake. Wah, bunyi macam sedap je hahahaha….

Situasi 2:- Mak tanya nak buat apa tu?
Saya        : saje-saje je…
Mak         : cakap la…
Saya        : ala…nak buat cake, tapi x tau bila nak buat, saje je beli bahan dulu.
Mak         : buat la malam nei, esok ada pertandingan buat cake, nanti mak hantarkan…
Saya        : ye ke? Ok, nanti ‘sye’ buat malam nei (excited betol)…
                  Rasa xtau lagi macam nei hahhaha
Mak         : esok ada banyak pertandingan, buat agar-agar pun ada…
Saya        : agar-agar? Mak hantar la pudding nei…
Mak         : boleh ke? Nei pudding bukan agar-agar…
Saya        : xpe la nanti kte tukar nama pudding nei jadi agar-agat trifle…hahhahah
Mak         : ok, dah siap letak dalam bekas yang cantik. Mak tetiba kte xyah la…
Saya        : hantar je la…dah buatkan…
Mak         : emmmm…ye la.

Situasi 3:- brownies cheese yang sebenarnye dibuat untuk pertandingan esok apa cerita???
Saya        : xyah la mak…menang tanpa bertanding da hahhaha
Mak         : ahhahah…mmg pun.
Saya        : emmm….bau hangit la mak..
Mak         : potong sikit nak rasa…emmm, x hangit la nei lebih masak je…
Saya        : hahahaha…(gelak besar) lain ke mak maksudnya????
                 Saje je kan nk jaga hati wa3….xleh ganti chef Jo dalam masterchef nei….

Terharu tiap-tiap kali sye masak walaupun x sedap hahahha…mak tetap makan (penuh selera mcm sedap je tp sye rase x la sedap mana hahaha). Sye x suka makan tapi suka tengok orang makan.

Situasi 4 :- Pagi esok nak bawa ‘agar-agar trifle’ di pertandingan Kempen Kesihatan bersama orang
            kampung di Sekolah Rendah Sungai Rawang.
Mak         : xyah bawa la ti…xde orang nak pegang nnt tumpah plk..
Saya        : ala…bawa je la, meh ‘sye’ cover dengan plastic tutup makanan.
Mak         : ye la….
nei la gambaran agar-agarnya....

Dalam pukul 12.00 tengah hari mk call…

Saya        : hello, assalamu’alaikum…
Mak         : wa’alaikumussalam..ti agar-agar hang dapat no 2…hahahha
Saya        : agar-agar ‘sye’ plk…mak punya la….hahahha
Mak         : hang punya la…
Saya        : dapat hadiah apa mak???
Mak         : dapat la baju raya sepasang lagi hahahhah….
Saya        : macam nak gelak besar je.. xsia-sia sye suruh mak bawa td,
                  klu x mesti menyesal td hahahhaha….

Selesai la cerita brownies vs trifle hahah…esok  mak ajak buat pizza plk hehehehe…SERONOKNYA!!!!!
Sebelum tu tadi mak balik dari sekolah bawa serbuk jelly kelapa maknanya suruh sye wat jelly kelapa la petang nei….tp peti penuh da ngan dessert yang x habis lagi…hohoho.
Wa’alaikumussalam….

HambaMu yang lemah...


Assalamualaikum….tiba-tiba sye rajin mencoret cerita yang xtau la penting ke tidak…tetapi terasa untuk diabadikan kerana sye insan yang lemah, jauh sekali untuk membuka aib sesiapa. Hanya kepadaMu, Ya Allah tempat ku mengadu…. InsyaAllah.


     Di saat diriku diuji olehMu pasti ada hambaMu yang datang menyapa akan perkhabaran diri ini, seolah-olah mengerti akan ujian yang sedang kuhadapi, tetapi tidak sesekali diriku mengadu kepada manusia kerana mereka tidak dapat merasai ujian yang kuhadapi (sebenarnya). Cukuplah kepadaMu ku berserah, ku mengadu, ku berdoa agar ujian yang hadir dapat mematangkan diri ini serta sentiasa memuhasabah akan khilaf diriku yang sangat kerdil di sisiMu.

Diriku sangat bersyukur dan tidak sesekali menyesali akan apa yang terjadi seandainya ini yang terbaik untuk diriku. Biarlah diriku hilang cinta dari hambaMu tidak sesekali aq hilang cinta agung dariMu, Ya Allah. Semoga diriku terus kuat untuk menghadapi ujian-ujian yang mendatang kerana ujian yang ku terima tidak sehebat ujian yang kekasihMu (Muhammad S.A.W) terima ketika ingin menyampaikan dakwah kepada umat-umatnya yang terdahulu.


Ujian yang hadir tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya, pasti ada hikmah disebalik perjalanan hidup yang penuh cabaran ini. Diriku pasti akan setiap janji-janjiMu. (Allah xkan uji seseorang, sekiranyanya hambaNya tidak mampu).

Sekian, entry kali ini…bertemu kembali. InsyaAllah. Wassalam.

Mimpi...FRIDAY, 29 JUNE 2012

Assalamualaikum…bertemu kembali mencoret selingkar cerita di musim cuti semesta 4 ini…



Dah hampir 5 tahun awak pergi tapi rasa mcm baru je setiap saat yang berlalu…selalunya klu ada masalah mesti teringat awak, bukan apa…saya x seharusnya mengeluh dengan masalah yang datang tetapi saya patut bersyukur kerana Allah masih beri kesihatan yang baik untuk saya sentiasa mensyukuri akan nikmat-Nya. Setiap kali terasa kehidupan ini penuh dengan dugaan, saya selalu teringat ujian yang Allah berikan kepada awak lebih berat dari itu. Ini bermakna Allah sayang hambaNya. Sye seharusnya  berusaha, berdoa dengan penuh harapan serta yakin setiap masalah yang hadir pasti ada jalan penyelesaiannya. Walaupun awak jauh di sana, tetapi sye tetap rasakan yang awak setiasa dekat sebagai seorang teman yang selalu menjadi fighter* sye.

Sebelum cuti semester ari tu, sye ada paper killer..xtau nape tiba-tiba sye termimpikan awak. Mungkin itu mainan tidur tapi xpernah sye termimpikan awak semenjak awak pergi jauh, mungkin ini satu semangat untuk sye teruskan perjuang sebagai seorang hambaNya untuk mencari keredhaan di dunia dan akhirat serta dapat berbakti kepada mak dan abah walaupun xdapat membalas segala jasa mereka, cukuplah bagi saya untuk membahagiakan mereka. Sye mimpi awak sambut sye sebagai seorang student baru di sekolah awak dengan raut wajah yang sangat ceria seperti awak yang sye kenal sebelum ini. Sye sentiasa panjatkan doa ke hadrat Ilahi agar awak sentiasa gembira di sana. 2.8.2012 nei genap la 5 tahun awak pergi....

Sekian, sahaja terima kasih kerana sudi menjengah sebentar melihat nukilan yang x seberapa ini. Berjumpa lagi di entry yang seterusnya.Wassalam.

FRIDAY, 29 JUNE 2012