Assalamualaikum….tiba-tiba sye rajin mencoret cerita yang xtau la penting ke tidak…tetapi terasa untuk diabadikan kerana sye insan yang lemah, jauh sekali untuk membuka aib sesiapa. Hanya kepadaMu, Ya Allah tempat ku mengadu…. InsyaAllah.
Di saat diriku diuji olehMu pasti ada hambaMu yang datang menyapa akan perkhabaran diri ini, seolah-olah mengerti akan ujian yang sedang kuhadapi, tetapi tidak sesekali diriku mengadu kepada manusia kerana mereka tidak dapat merasai ujian yang kuhadapi (sebenarnya). Cukuplah kepadaMu ku berserah, ku mengadu, ku berdoa agar ujian yang hadir dapat mematangkan diri ini serta sentiasa memuhasabah akan khilaf diriku yang sangat kerdil di sisiMu.
Diriku sangat bersyukur dan tidak sesekali menyesali akan apa yang terjadi seandainya ini yang terbaik untuk diriku. Biarlah diriku hilang cinta dari hambaMu tidak sesekali aq hilang cinta agung dariMu, Ya Allah. Semoga diriku terus kuat untuk menghadapi ujian-ujian yang mendatang kerana ujian yang ku terima tidak sehebat ujian yang kekasihMu (Muhammad S.A.W) terima ketika ingin menyampaikan dakwah kepada umat-umatnya yang terdahulu.
Ujian yang hadir tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya, pasti ada hikmah disebalik perjalanan hidup yang penuh cabaran ini. Diriku pasti akan setiap janji-janjiMu. (Allah xkan uji seseorang, sekiranyanya hambaNya tidak mampu).
No comments:
Post a Comment