macam biasa trademark saya "xpro tapi minat :)"
Sapa yang suka makan sambal tempoyak??? Cerita tentang sambal tempoyak atau tempoyak...memang dulu saya xsuka makan sebab memang xreti nak makan...sambal belacan pun mula makan masa di rumah sewa...itu pun dah masuk tahun kedua atau ke tiga, kawan-kawan suruh rasa sikit...saya memang xmakan makanan yang pedas-pedas...masa cuti pula abah suruh buat sambal belacan...memang terkial-kial la...makan pun xpernah macam mana nak buat....emmm, nasib baik pernah tengok mak buat...xpe la sama juga sambal tempoyak pun baru-baru nei je pandai makan dan terus suka :)
Ini google image---> Tempoyak
Seterusnya nak kongsi resepi Talapia Bakar
Sambal Tempoyak
Makan ini sangat
popular di bandar Kuantan iaitu patin bakar sambal tempoyak seekor mencecah RM40.
Sementara duduk
di rumah ummi dan abbi di Jengka 10, ummi masakkan talapia bakar sambal
tempoyak....
Bahan-bahannya
- Tempoyak
- Cili api
- Garam+gula secukup rasa
- Tumbuk semua bahan di atas dan lumurkan pada ikan yang telah di garam dan di kunyitkan.
- Balut dengan daun pisang untuk mengelak ikan menjadi kering.
Ok, sedia untuk
dibakar, ummi guna kuali ajaib dia....ternyata ajaib...terleka sekejap rentung
sebelah ikan ho3...xpe terbalikkan dulu untuk pastikan bahagian sebelah lagi
masak....sebelum nak hidang kikis dahulu bahagian yang rentung, masih boleh
dimakan sebab ikan x rentung tp sambal tempoyaknya dah boleh jadi arang
hahahah...yummmmyyyyyy sedap sangat rugi sapa yang xreti makan tempoyak tu....belajar-belajar la makan tempoyak, Ok sampai sini dulu, nanti saya kongsi resepi lagi "xpro tapi minat" Wassalam J
No comments:
Post a Comment