Monday, 8 July 2013

Falsafah Pendidikan Sains

''Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 
pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya sains dan teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan 
serta dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan teknologi.''

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.

Sumber : 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007) -Penerbit USM, 2007

Thursday, 24 January 2013

Tolong ingatkan saya



Assalamualaikum…lamanya x mencoret sumting kat blog nei….padahal esk exam, sebelum nak sambung study nk story sikit semalam ad a kawan send mesej kat saya kata-kata ‘TOLONG INGATKAN SAYA’. Ble baca best plk terus saya search kat google then dpt la yg dh siap bertype…hehhehe…mls la nk type tp suke plk…kata2nya sgt dkt dgn kte sbg manusiaJ…nei saya kongsikan kata2 tu….

Tolong ingatkan saya
andai saya terlupakan Tuhan
dalam kelapangan dan kesibukan
dalam kesenangan dan kesusahan



Tolong ingatkan saya
jangan jadi anak derhaka
mak ayah dilupakan jangan
usah diluka hati dan perasaan

Tolong ingatkan saya
dengarlan dan bacalah Al-Quran
tika radio penuh hiburan
tika tv penuh hindustan

Tolong ingatkan saya
di mana silamnya zahirku
jika aurat didedahkan
disingkat, diketat dan dijarangkan
 
Tolong ingatkan saya
jadilah sahabat yang baik
sentiasa memberi peringatan
sentiasa menerima teguran

Tolong ingatkan saya
kalau bercinta biarlah keranaNya
dalam memilih utamakan iman
kelak ikatan dihindari syaitan

Tolong ingatkan saya
hidup ini satu kembara
kutiplah mutiara dalam perjalanan
moga di sana menjadi bekalan


Tolong ingatkan saya
diri ini milik Yang Kuasa
kepadaNya jiwa diserahkan
segala-segala Dialah tumpuan

Tolong ya ingatkan saya…


Wednesday, 23 January 2013

Bila abah masuk dapur....

Emmm...hari nei abah x kerja....balik dari kerja malam...jadi banyak la abah memborong di Mydin...xsempat nak tengok apa yang abah beli, abah dulu-dulu g tukar baju kerja then terus masuk dapur...siang ikan. anak dara die wat pe???? basuh kain haahhaha...cover la tu...

then nampak abah bawa pisau ke luar...emm ambil serai la tu...nak masak apa pula hari nei abah ku sayang kih3....dipendekkan cerita abah masak tempoyak ikan patin....yummmyyy....my favourite...anak dara die tau makan je...masak???ya adooooo....

eh3 sebelum tu abah pesan kat anak dara die jap lagi goreng telur dadar, ikan masin dan masak nasi, jap g along balik dari mencari rezeki untuk anak-anak die ahhaha

sebab kenyang makan lewat petang la sikit...panaskan nasi dan lauk tadi, baru rasa hujung lidah...terkena bibir...fuh!!!! mantopppp....pijar....SUPER EXTRA hot la abah ho3....saya memang x makan pedas :(

xpe la sebab lapar dan lauk fav makan juga la....sokseh3...segala mucus, lipstik, huh...memang berasap la... air mata pun keluar juga...pedas betol hahahha...

then abah yang tengok tv xsenang duduk hahaha...dengan macam-macam sound effect anak die buat...

abah: ti, ikan tu pedas sikit ye???
saya: a'ah pedas sikit...(cover2 segala mucus hahaha)
         (dalam hati bukan sikit abah, sgt3...macam nak nangis je makan lauk nei ahhaha)
abah: ikan tu memang kena pedas sikit sebab nanti x lalu makan pula...
         basuh pun kena betol-betol....nanti berbau ehheheh...
saya: x mampu nak respond apa-apa, rasa bibir nei macam angelina joli je huhuhu


pedas-pedas pun sempat buka periuk ambil seketul lagi, meratah hahaha...teman sejati ada kicap cap udang warna MERAH

emmm...terbaik la abah masak xpernah google pun hahah...anak dara die google-google tapi xmasak- masak juga ho3....

tu je la nak citer saja-saja je nak mengarot sebelum tengok cerita Setia Hujung Nyawa....
xsempat nak capture gambar pula...nanti la ho3...k daaa wassalam...



Sunday, 20 January 2013

Muffin Blueberry

Assalamualaikum...

malam nei update entry pasal muffin blueberry...
emmm...sebenarnya bukan la pandai masak sangat tapi
suka buat, then bagi orang makan....even kadang-kadang x la sedap mana ahhaha

hari tu beli tepung muffin blueberry...
nak sangat buat...
lagi-lagi ramai yang ada di rumah tolong MAKAN hahaha...
senang je nak buat...
semua diterangkan...
cuma perlu tambah telur, air dan buttercup sahaja....
then bakar, dan SIAP!!!


Komen-komen orang dalam rumah...

abah: sedap, ok la dari yang hari tu...ada masam-masam sikit..
mak: ok, sedap, gebu je...
along: emmm....macam nei baru la ok...selera sikit nak makn...(errrr...plezzzz)
muhammad: sedap! cheese cake hari tu lembek sangat..nei ok la sikit :)

Alhamdulillah...saya memang suka tengok orang makan....terus jadi kenyang :)
k selamat malam...daaa wassalam :)


Wednesday, 16 January 2013

Ikan keli salai masak lemak

Assalamualaikum...

Seminggu di kampung macam-macam lauk umi masak, paling suka ikan keli bakar+kuah lemak….

Ini resepi kuah lemak untuk ikan keli bakar:-

1 biji santan
1 inchi ubi cekur
10 biji cili api
3 ulas bawang merah
1 inchi kunyit hidup

Cara-caranya:-
1.       Tumis bawang, cili api, kunyit hidup dan ubi cekur yang telah ditumbuh lumat.
2.        Setelah garing masukkan pati santan + garam dan gula secukup rasa, serta asam keping
3.       Biar sehingga pekat dan pecah minyak dan boleh la disiram ke atas ikan keli bakar tadi. 

Nie bakar kat luar rumah...ummi malas nak bakar guna api arang sebab selalu xde masa, nak buat kerja lain lagi...tapi saya dan adik ada boleh la rajin-rajin tolong membakar :)
tapi orang yang diharapkan...tidor sampai tengah hari errrr.....
xpe la bukan payah pun letak je ikan tu bakar...
tinggal bara je, jadi xde la ikan tu rentung...

dah agak-agak garing, boleh la angkat
masuk rumah...
kalau biarkan nanti kucing pula yang menyambar...

kuahnya pun senang je nak buat...tumis semua bahan di atas...
masukkan santan, SIAP!!!!!
yummmmmyyy....lauk tengah hari yang menyelerakan...
tapi ade juga yang xmakan ikan keli kan....
xpe la...nei untuk yang makan sahaja hahaha...



Inilah ikan keli salai kuah lemak....

Selamat mencuba...ok daaa
wassalam :)



Masak Lemak Nenas+ udang

Assalamualaikum....

Sebenarnya bukan la pandai sangat memasak tapi minat tu ada….
Kena kritik tu dah lali…
senyum je…
tension-tension g jalan ke pantai….
Balik rumah ok la…mood baru!!!!!
Nei pun masak masa balik kampung seminggu yang lalu…
Lagi seronok tengok abbi makan sangat berselera…
Sampai makan malam pun cari masak lemak nei juga…
Sebenarnya, saya masak x pedas then abbi pun makan bertambah-tambah…

Nei senang je…
  •   1 biji nenas
  •       Udang segenggam
  •        1 biji santan
  •      Bawang merah 3 ulas
  •       10 biji cili api
  •       Kunyit hidup agak-agak besar ibu jari
  •       Daun kunyit sehelai.


Cara-caranya:-

1.       Tumbuk bawang, cili, kunyit masuk ke dalam periuk + santan cair + nenas
2.       Agak-agak 10 minit, masukkan santan pekat + udang.
3.       Kacau, jangan sampai pecah minyak
4.       Setelah mendidih, boleh la dihidangkan…SIAP!!!!

Ini google image---> masak lemak nenas+udang

Ok, sampai sini dulu...daa Wassalam...
'xpro tapi minat  :)'

Bubur nasi

Assalamualaikum...cuti-cuti nei update blog, masukkan semua pic yang di ambil b4 makan...nei masa rajin+ kelaparan...Ini lah makan yang paling menyelerakan pada waktu hujan lagi-lagi makan masa panas-panas. Resepi asal dari roomate saya Nur Izyan Razali…

Senang je….
Tanak nasi sehingga menjadi bubur…
+ kiub ayam + garam secukup rasa +  sayur sawi.
Goreng hirisan bawang besar dalam anggaran sebiji + ikan bilis(ikut suka hati)
SIAP!!!! Sangat mudah

Sebelum makan capture gambar dulu :)
malas nak crop huhuhu....

Selamat mencuba...nei makanan waktu akhir-akhir sem ahhaha
save bujet...tapi sedap yummmyyyy
'xpro tapi minat'...

daaa..wassalam.


Puding Trifle

Assalamualaikum...

Puding nei sangat sedap...cuba la....resepi dari makcik saya, dia pun dapat daripada adik ipar...
1st,  buat untuk kawan-kawan di rumah sewa memang mereka makan bertambah-tambah 
(asyik buka peti ais je... :)

bahan-bahannya:-

1 tin susu cair
1 kotak agar-agar strawberi jenama NONA
1 kek swisroll pandan
2 sudu tepung kustard
1 tin koktail (air koktail+ air kosong= 250ml)

Cara-caranya
1.       Susun potongan kek dalam bekas lutsinar
2.       Taburkan koktail buah ke atas kek yang telah dipotong.
3.       Masukkan tepung kustard+ susu+ (air koktail+air kosong= 250 ml) ke dalam periuk.
4.       Kacau sehingga tiada ketul-ketul dan tapis untuk mendapat adunan yang halus
5.       Baru la masak di atas api yang sederhana.
6.       Kacau sehingga pekat dan mendidih.
7.       Tuangkan ke dalam bekas yang berisi kek tadi.
8.       Biar kustard keras seketika sebelum agar-agar dididihkan dan dilapis di atas kustard.
9.       SIAP!!!!!biarkan beberapa jam di dalam peti sebelum dihidangkan J



 Selamat Mencuba!!!! xkan menyesal punye.... 
'xpro tapi minat :)'



Talapia Sambal Tempoyak

Assalamualaikum....hari ini nak nak kongsi resepi lagi :)
macam biasa trademark saya "xpro tapi minat :)"

Sapa yang suka makan sambal tempoyak??? Cerita tentang sambal tempoyak atau tempoyak...memang dulu saya xsuka makan sebab memang xreti nak makan...sambal belacan pun mula makan masa di rumah sewa...itu pun dah masuk tahun kedua atau ke tiga, kawan-kawan suruh rasa sikit...saya memang xmakan makanan yang pedas-pedas...masa cuti pula abah suruh buat sambal belacan...memang terkial-kial la...makan pun xpernah macam mana nak buat....emmm, nasib baik pernah tengok mak buat...xpe la sama juga sambal tempoyak pun baru-baru nei je pandai makan dan terus suka :)

Ini google image---> Tempoyak

Seterusnya nak kongsi resepi  Talapia Bakar Sambal Tempoyak

Makan ini sangat popular di bandar Kuantan iaitu patin bakar sambal tempoyak seekor mencecah RM40.
Sementara duduk di rumah ummi dan abbi di Jengka 10, ummi masakkan talapia bakar sambal tempoyak....

Bahan-bahannya

  • Tempoyak
  • Cili api
  • Garam+gula secukup rasa
  • Tumbuk semua bahan di atas dan lumurkan pada ikan yang telah di garam dan di kunyitkan.
  • Balut dengan daun pisang untuk mengelak ikan menjadi kering.

Ok, sedia untuk dibakar, ummi guna kuali ajaib dia....ternyata ajaib...terleka sekejap rentung sebelah ikan ho3...xpe terbalikkan dulu untuk pastikan bahagian sebelah lagi masak....sebelum nak hidang kikis dahulu bahagian yang rentung, masih boleh dimakan sebab ikan x rentung tp sambal tempoyaknya dah boleh jadi arang hahahah...yummmmyyyyyy sedap sangat rugi sapa yang xreti makan tempoyak tu....belajar-belajar la makan tempoyak, Ok sampai sini dulu, nanti saya kongsi resepi lagi "xpro tapi minat" Wassalam 

Cerita Pucuk Ubi


Assalamualaikum... hari ini nak kongsi cerita Pucuk Ubi la...

Tau pucuk ubi? Seminggu di kampung macam-macam lauk umi masak, ikan keli bakar kuah lemak, begedil pucuk ubi, tilapia bakar salut sambal tempoyak umhhhhh…memang melompat-lompat dalam mulut hahahha….

Pucuk Ubi

Sebenarnya nak kongsi macam mana nak buat begedil pucuk ubi, mudah je caranya....saya bukan orang yang pro sangat bab-bab memasak ini tapi minat tu ada :)

Sama je macam buat begedil kentang, tapi begedil pucuk paku lagi senang...
Untuk hilangkan rasa pahit pucuk ubi, ramas bersama air garam dan buang airnya...
Simpul pucuk ubi seperti menyanggug rambut...jangan terlalu besar...
Selepas itu, bancuh telur dadar+bawang +cili kering kalau nak pedas...
Then, celupkan simpulan pucuk ubi ke dalam bancuhan telur dadar...
dan masak di dalam kuali minyak panas...
biarkan kekuningan dan boleh diangkat serta ditoskan minyaknya J.
Kali nei x sempat nak capture gambar....habis da....
rupanya lebih kurang macam begedil kentang juga J

Ini gambar dari Google image ---> begedil kentang

Ok, nanti lapang-lapang saya kongsi resepi lagi :)
"xpro tapi minat ada"

daaa...wassalam.


Sunday, 6 January 2013

Ya Allah...kau beri kesempatan kepadaku :'(

Alhamdulillah...
Ya Allah...sangat bersyukur...
setiap kali tibanya musim peperiksaan 
Engkau khabarkan kepadaku 
akan kehadiran temanku yang telah pergi menemuiMu...
sangat ku tidak menduga dalam lelapku seketika...
Engkau hadiahkan semangat  dan keyakinan melalui mimpiku
temanku yang telah lama pergi menemuiMu 
mengambil peperiksaan bersamaku,
berhampiran denganku...
bercakap denganku...
senyum kepadaku...
dapat melihat raut wajahnya 
yang sangat tenang di dalam mimpi *
benar-benar membuat hati sayu
seperti arwah benar-benar mengerti 
akan rasa gundah gulana hati ini
masih terbayang setiap detik di dalam mimpiku
walaupun hanya 10-15 minit terlelap...
sesedarku daripada mimpi bertemumu..
ku panjatkan doa kepada pemilik mutlakMu
agar dirimu sentiasa tenang di alam sana...
setenang raut wajahmu yang kulihat di dalam mimpi...

Ya Allah...mengingati temanku....(kematian)
bermakna kematian setiasa hampir denganku...
jangan kau biarkan aku jahil di saat Sakaratul menjemputku
berikan taufiq & hidayahMu buat diriku dan insan-insan yang kusayangi..
semoga sentiasa dibawah rahmat kasih sayangMu...
Aminnn....

03 Januari 2013 (11.30 pagi-11.45 pagi)
2.30 peperiksaan Environmental Science
link---> mimpi *